FAQs

Takaful Kerajaan - FAQ

Soalan Lazim

Sila baca untuk menambahkan pengetahuan anda tentang MyCuepacs Care & Cuepacs PA

  1. Penjawat Awam Tetap/Kontrak
  2. Potongan Payslip (Biro Angkasa)
  3. Baki Gaji Bersih 40% Ke Atas
  4. Belum Berpencen
  5. Sihat Dan Tidak Mempunyai Penyakit

  • Jika gaji bersih bawah 40%, HQ akan tawarkan bayaran secara tahunan. Apabila berlaku kenaikan gaji dan gaji bersih atas 40%, boleh mohon semula pemotongan gaji di payslip

Ccare berada dipasaran bermula tahun 1999

Buat masa ini 2 jenis takaful berbeza yang disediakan. Boleh ambil salah satu atau kedua-duanya. Takaful Ccare untuk kad perubatan dan Takaful Kemalangan diri berbentuk hibah.

Sehingga 70 tahun untuk kedua-dua jenis Takaful Ccare dan juga Cuepacs PA.

  • Contoh: Jika pemohon dah berumur 70 tahun dan pasangan berumur 65 tahun. Takaful ini dah tak cover kedua-duanya.

  • Contoh: Jika pemohon berumur 65 tahun dan pasangan telah berumur 70 tahun. Maka polisi pasangan berhenti. Pemohon boleh menukar pelan keluarga kepada plan individu.

Tidak. Perlu maklumkan kepada pihak Hq untuk keluarkan nama penama atau merubah pakej keluarga kepada pakej individu sekiranya ke semua anak berumur lebih 22 tahun pada ketika itu.

  • Dari umur 30 hari hingga berumur 22 tahun.
  • Pada tarikh hari jadi anak ke 23 tahun, polisi telah berhenti.
  • Sila maklumkan kepada Hq sekiranya anak yang berumur antara 18-22 tahun telah berkahwin atau bukan lagi pelajar atau kedua-duanya sekali.

Sila hubungi Hq untuk mengeluarkan nama anak dari polisi Ccare dan memberhentikan bayaran untuk Cuepacs PA

Sila hubungi Hq untuk mengeluarkan nama anak dari polisi Ccare dan memberhentikan bayaran untuk Cuepacs PA

  • Pihak Hq akan terus membuat potongan bulanan Cuepacs PA untuk anak tersebut dan encik/puan tidak boleh memohon untuk permulangan bayaran.
  • Untuk Ccare pula, sekiranya anak tersebut ingin menggunakan kad perubatan ini, mestilah belum berkahwin dan dokumen sebagai pelajar diperlukan semasa proses kemasukan wad.
  1. Bayaran auto debit bulanan tidak diterima.
  2. Pemohon tetap wajib mengisi borang biro angkasa dan pihak biro angkasa akan membuat perkiraan.
  3. Sekiranya pihak angkasa menolak bayaran secara potongan dipayslip. Pihak Hq akan menawarkan bayaran secara tahunan (contoh seperti bayaran insurans kereta)

Bergantung kepada sesuatu jabatan. Boleh rujuk bahagian admin di jabatan untuk kepastian.

  • Jika di sekolah, Guru besar atau penolong kanan.
  • Jika di universiti adalah Bendahari bahagian gaji
  • Pegawai gred 41 ke atas juga boleh membuat pengesahan.
  • Setiap dari penama mempunyai umur pencen yang tersendiri.
  • Penama perlu menghubungi Hq sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum pencen.
  • Pihak Hq akan menawarkan bayaran secara tahunan (kerana telah tiada payslip) untuk potongan biro angkasa.
  • Kegagalan memaklumkan tarikh pencen akan menyebabkan polisi terbatal dan tidak disambung hingga umur 70 tahun.
  • Ya. Masih boleh menyertai dan permohonan perlulah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berpencen.

  • Pemohon perlulah mengisi juga borang biro angkasa dan pihak biro angkasa akan membuat perkiraan.
  • Sekiranya pihak Biro Angkasa menolak bayaran secara potongan di payslip. Pihak Hq akan menawarkan bayaran secara tahunan (seperti bayaran insurans kereta).
  • Apabila peratus gaji bersih didalam payslip telah lebih 40% (setelah potongan CC dan PA). Penama boleh memohon semula pemotongan gaji melalui biro angkasa (potongan dipayslip secara bulanan)
  • Polisi akan berhenti kerana telah tiada potongan payslip/biro angkasa untuk meneruskan polisi.
  • Pasangan dan anak-anak juga tidak boleh lagi menumpang kemudahan pemohon/penama sebagai penjawat awam.
  • Setelah borang permohonan diterima, pihak HQ mengambil masa selama 2, 3 bulan untuk proses kerana melibatkan kelulusan pihak Biro Angkasa.
  • Pemohon akan menerima sms memaklumkan bulan berapa pemotongan bermula.
  • Pemohon boleh menyemak potongan gaji di payslip.
  • Sekiranya telah terdapat potongan pertama maka polisi akan bermula bulan depan nya iaitu tanggal 15 haribulan.(lebih kurang 15-20 hari dari tarikh potongan dipayslip)
  • Setiap permohonan Takaful ini perlu mendapat kelulusan pemotongan gaji melalui Biro Angkasa (payslip) terlebih dahulu.
  • Takaful lain boleh terus aktif apabila bayaran pertama dibuat melalui auto debit atau online transfer
  • Ini bermaksud, anda tidak boleh menggunakan kad perubatan tersebut di mana-mana hospital panel atau membuat sebarang tuntutan untuk tempoh masa tertentu. 
  • Tempoh matang medical card biasanya sekitar 30 hingga 120 hari dari tarikh polisi aktif. Untuk penyakit tertentu atau penyakit kritikal pula perlukan tempoh 2 tahun.

Sebaiknya menggunakan Takaful ini selepas 2 tahun menyertai. Proses kemasukkan wad juga akan lebih cepat dan mudah kerana pihak Hq tidak perlu melakukan proses penyiasatan yang lama bagi (memastikan penama tidak mempunyai penyakit sedia ada sama ada sedar atau tidak semasa menyertai Takaful ini)

Untuk kes-kes berbentuk kemalangan, tidak terhad kemalangan di jalan raya sahaja. Penama boleh menggunakan nya sebaik sahaja polisi aktif. Tempoh menunggu/tempoh matang tidak diperlukan.

Ya, boleh. Untuk pelan keluarga Ccare, tiada penambahan bayaran untuk penambahan anak.

Hubungi wakil terlebih dahulu untuk mendapatkan sedikit sebanyak panduan.

  • Secara asas nya SEMUA jenis penyakit dilindungi KECUALI penyakit yang telah sedia ada dan jangkaan penyakit komplikasi berkaitan dengan nya
  • Boleh rujuk testimoni dan brothure untuk contoh penyakit yang dilindungi
  • Ya boleh. Rawatan pesakit luar untuk semua kes kemalangan anggaran kos dibawah Rm1000 akan dilindungi.
  • Boleh mohon pihak Hospital mohon GL (guarantee letter) kepada HQ.
  • Anda pulang tanpa perlu buat bayaran pada hospital dan tak perlu tuntutan (claim) pada HQ.
  • Pastikan penyiasatan atau beberapa ujian telah dibuat untuk mengesahkan keperluan bermalam di Hospital.
  • Seperti contoh ujian darah, xray atau lain-lain contoh ujian yang mengesahkan terdapat nya jangkitan kuman, virus denggi atau lain-lain.
  • Keputusan ujian boleh dibawa secara hardcop/softcopy gambar dari phone ke Hospital Panel berdekatan.
  • Pihak Hospital panel akan membuat ujian pengesahan mereka sendiri dan menghantar report kepada HQ semasa permohonan GL dilakukan
  • Saranan pihak Doktor di Hospital untuk warded tidak semestinya satu keperluan wajib untuk pesakit. Perlu diingat Hospital swasta juga mempunyai kepentingan perniagaan dalam menjana pendapatan mereka.
  • Pastikan GL telah lulus (melalui panggilan telifon dari HQ atau SMS) barulah bersetuju untuk pihak Hospital uruskan proses kemasukan wad.
  • Sekiranya warded tanpa kelulusan GL, penama perlu menanggung total kos perubatan bermalam di hsopital sekiranya GL tidak diluluskan.
  • Wajib mengenalpasti jenis penyakit yang ada setelah melalui ujian yang bersesuaian (pergi ke klinik kerajaan atau hospital kerajaan, klinik swasta atau hospital kerajaan). Contohya dah tahu kena denggie, appendix dan lain-lain
  • Wajib memastikan rawatan yang diperlukan untuk penyakit tersebut berkeperluan bermalam/warded di Hospital. Contohnya pembedahan.
  • Jika terdapat kecerderaan/luka di anggota badan, boleh terus ke Hospital panel.
  • Jika tiada terdapat sebarang luka, tetapi sakit dimana-mana anggota badan, boleh ke klinik swasta untuk buat pemeriksaan dan xray.
  • Jika keputusan xray menunjukkan perlu rawatan seterusnya, boleh terus ke Hospital Panel (patah dimana2 bahagian)
  • Jika hanya bengkak dimana-mana bahagian atau tidak dapat dikenalpasti kecederaan dalamannya Takaful tidak cover kerana tiada prosedur rawatan yang dapat dibuat.

Ya.

  • Kos rawatan/ujian di klinik tersebut boleh di tuntut (claim) semula – ianya termasuk dalam kos pra-penghospitalan (kos 30/60 hari SEBELUM warded).
  • Kos followup juga boleh dituntut semula - termasuk dalam kos pasca- penghospitalan (kos 30/60 hari SELEPAS warded).

Hanya Takaful Ccare (kad perubatan) sahaja mendapat pengecualian cukai. Boleh dapatkan penyata dari Hq melalui email

Boleh masuk ke link berikut http://angkasa.coop/bm/index.php/spga/semakan-potongan-gaji-semenanjung dan anda dapat melihat dengan jelas satu persatu potongan di payslip ATAU hubungi pihak biro angkasa di talian 03-78061977 untuk semakan pantas.

Ya boleh mohon pertukaran pelan dengan syarat:

  1. Sihat dan belum pernah warded mana-mana hospital
  2. Bersalin secara Normal (perempuan)
  3. Belum pernah guna ccare untuk apa-apa rawatan
  4. Tidak pernah membuat apa-apa tuntutan ccare
  5. Tempoh menunggu/tempoh matang 180 hari (tidak menggunakan ccare sedia ada dalam tempoh ini)

Bagi yang layak, boleh mengisi borang permohonan pertukaran pelan.

Sila hubungi pihak HQ untuk proses bayaran secara online transfer sepanjang tempoh cuti tanpa gaji memandangan semasa cuti tersebut, penama tidak mempunyai slip gaji untuk proses potongan biro angkasa

Pasangan, kawan-kawan, adik beradik atau wakil pemasaran anda, juga boleh menjadi saksi.

Hanya ibu, bapa dan anak berumur 18 tahun ke 22 tahun sahaja akan mempunyai kad. Anak dibawah 18 tahun akan menumpang kad ibu bapa semasa urusan di hospital kerana kebiasaannya ibu bapa akan membawa mereka untuk rawatan.

Sila hubungi wakil pemasaran anda untuk dapatkan contoh draf surat pembatalan polisi. Surat tersebut di emailkan kepada Hq melalui email penama sendiri.

Semasa permohonan – Potongan gaji bermula (selepas 2,3 bulan) – barulah Polisi Aktif

Semasa pembatalan – Potongan gaji berhenti (selepas 2,3 bulan) – barulah Polisi TAMAT

Penama perlu mengisi borang perubahan maklumat yang telah disediakan dan emailkan bersama dokumen berkaitan kepada HQ.

Sila rujuk webiste takafulkerajaan.com untuk dapatkan paduan mudah

Had tahunan adalah total jumlah kos/bayaran yang ditanggung oleh pihak Takaful dalam melindungi peserta untuk jangka masa satu tahun.

  • Had sekali rawatan adalah total jumlah kos/bayaran yang ditanggung oleh pihak Takaful dalam melindungi peserta sesuatu rawatan/warded.
  • Had sekali rawatan termasuklah rawatan awal (30/60 hari sebelum warded, total kos semasa warded dan rawatan susulan (30/60 hari selepas warded)

Berkongsi. Bermaksud setiap ahli keluarga boleh menggunakan takaful ini sekali atau berulangkali mengikut keperluan asalkan total dari jumlah penggunaan semua ahli keluarga tidak lebih dari had tahunan.

Had tahunan TIDAK dibahagikan kepada berapa jumlah ahli keluarga

Penyakit sedia ada sebelum menyertai, bersalin, rawatan berkaitan kandungan, keguguran, pergigian.

Ia bermaksud pihak Hq akan membayar kepada pihak Hospital mengikut kadar bayaran yang pihak hospital kenakan (terhad juga kepada had maksimum ditetapkan dalam sesuatu pakej untuk sekali warded)

Tidak. Takaful ini tidak mengambil bayaran tambahan untuk tujuan sebagai simpanan. Ianya sepenuhnya berkonsepkan Takaful (menderma /menyumbang sesama peserta sekiranya ada diantara peserta ditimpa musibah)

Deposit adalah permintaan pihak hospital kepada penama. Bergantung juga kepada sesetengah hospital, ada yang minta deposit dan ada yang tidak. Pihak Takaful tidak mengenakan sebarang bayaran deposit ataupun bayaran one-off semasa proses kemasukan wad.

Ada hospital yang mengenakan bayaran rm300, ada yang rm500. Bergantung juga kepada jenis rawatan. Ada juga Hospital yang tidak mengenakan sebarang deposit.

Sebaiknya gunakan pen berdakwat hitam sahaja atau berdakwat biru sahaja

Sila hubungi saya sebagai wakil pemasaran anda untuk saya berikan sedikit sebanyak panduan. Selepas itu en/puan perlu menghubungi pihak HQ untuk keadaaan-keadaan tertentu

Sila rujuk website Hq atau takafulkerajaan.com untuk maklumat lanjut. Dalam situasi tententu, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan di HQ

Encik/ puan boleh membuat permohonan dengan menyatakan dengan jelas jenis ketidakupayaan anak dan pihak HQ akan membuat pertimbangan.

Tidak. Tetapi mengikut sejarah, pihak Ccare hanya menaikkan harga sumbangan setelah 6-10 tahun apabila tidak mampu lagi menanggung kenaikan kos perubatan yang naik setiap tahun. Perubahan harga ini masih terlalu rendah dibandingkan dengan kenaikan harga Takaful lain.

  • Jika anda seorang anggota tentera, sila berikan nombor tentera semasa membuat semakkan di Hq Cuepacs Care.
  • Terdapat beberapa lagi Insurans/Takaful yang usaha sama bersama cuepacs. Berkemungkinan nama encik/puan berada di company yang lain.
  • Sila hubungi biro angkasa / boleh juga masuk melalui pautan berikut untuk mendapatkan detail terperinci setiap potongan di biro angkasa.

Tidak. Elaun harian hanya boleh dimohon sekiranya bermalam di hospital kerajaan sepenuhnya. (Tertakluk kepada jenis penyakit yang dilindungi polisi dan bukan penyakit sedia ada)

Sila hubungi khidmat pelanggan dan bacakan nombor kad pengenalan atau bacakan nombor tentera bagi anggota tentera untuk proses semakkan dalam sistem

  • Jika ada apa-apa berlaku kepada pasangan dan anak-anak, pemohon automatik akan menerima wang pampasan atau apa-apa claim kerana potongan gaji dibuat melalui payslip pemohon
  • Tetapi jika apa-apa berlaku kepada pemohon (kematian) , pemohon perlu meletakkan penama (minimum 1 orang, maksimum 3 orang) untuk menerima wang pampasan.
  • Jika nama anak ada diletakkan sebagai penama, wang pampasan akan pergi ke Amanah Raya terlebih dahulu sehingga anak berumur 18 tahun.

Puan Azirah

Insurans Takaful MyCuepacs Care